Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lelaki berusia 26 tahun itu yang juga teman lelaki mangsa, ialah seorang anggota yang bertugas di sebuah balai polis di Perak. Foto TVS

Suspek pembunuhan Nur Farah Kartini anggota polis

ByBernama

SUNGAI BULOH, 16 Julai: Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek utama yang ditahan berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam, merupakan seorang anggota polis.

Hussein berkata lelaki berusia 26 tahun itu yang juga teman lelaki mangsa, ialah seorang anggota yang bertugas di sebuah balai polis di Perak.

“Ya saya sahkan dia seorang anggota polis dan bertugas di Perak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Hussein berkata siasatan awal mendapati mangsa dibunuh di lokasi mayat ditemukan dan dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lepas berdasarkan keadaan mayat yang telah mula mereput.

Susulan itu, polis telah mendapat perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor, pagi tadi.

Semalam, Hussein memaklumkan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang Rabu lepas ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada 6 petang.

Mangsa yang berasal dari Miri, Sarawak merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan bekerja dengan sebuah syarikat kereta sewa di Tanjung Malim, Perak, dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan