Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan hoki lelaki Sarawak ketika menjalani latihan di Stadium Hoki Sarawak baru-baru ini. Foto Aziz Soleh (TVS)

SUKMA: Tempang pemain tidak dapat pelepasan, skuad hoki Sarawak sasar layak ke suku akhir

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 16 Julai: Pasukan hoki lelaki Sarawak yang akan beraksi dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 memilih untuk tidak meletakkan harapan tinggi dalam temasya itu, sebaliknya selesa merendah diri dengan sasaran layak ke peringkat suku akhir.

Ketua jurulatihnya, Dangerouslee Mathew berkata, persiapan skuadnya pada ketika ini tempang susulan beberapa pemain tidak mendapat pelepasan daripada institusi pendidikan masing-masing untuk menyertai latihan pusat.

Bagaimanapun, bekas pemain kebangsaan itu optimis sasaran oleh pihak pengurusan untuk melepasi peringkat kumpulan dan melangkah ke suku akhir mampu dicapai dengan latihan akhir yang akan dijalankan di beberapa negeri di semenanjung bulan ini.

“Persiapan belum sampai tahap 100 peratus disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan iaitu pemain tidak semuanya hadir disebabkan masalah pelepasan kerana ada di antara mereka yang masih bersekolah, itu kekangan yang kita hadapi setakat ini

“Dari aspek nak dapat pingat itu memang sangat berat tapi apa yang kami boleh capai ialah ke suku akhir.

“Kita akan ke Kuala Lumpur dan Perak dengan di sana kita akan sertai perlawanan persahabatan dan pertandingan empat penjuru yang kita boleh jadikan sebagai pra SUKMA,” katanya ketika ditemui TVS di Stadium Hoki Sarawak di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Dangerouslee berkata, meskipun berdepan beberapa kekangan, beliau yakin skuad kali ini mampu memberikan saingan dan kejutan kepada negeri lain berbekalkan semangat beraksi di laman sendiri.

Sementara itu, pemain senior skuad itu, Ted Raneiri Tugang Stanley menyifatkan skuad kali ini lebih bersedia dengan melakukan persiapan yang lebih rapi dengan para pemain diberi pendedahan yang secukupnya terutama sekali aksi persahabatan.

“Ini kali kedua saya mewakili Sarawak dalam SUKMA, bagi saya pasukan kali ini lain daripada sebelum ini kerana semangat kami luar biasa.

“Sudah beberapa kali kami ‘sparring’ dengan pasukan lain dan kami ketinggalan dengan jumlah gol yang besar, tapi kami masih mampu bangkit dan memenangi perlawanan. Tidak mustahil kali ini kami lakukan kejutan,” katanya.

Acara hoki akan dilangsungkan di Stadium Hoki Sarawak dan Stadium Hoki Padungan pada temasya yang akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan