Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu RADDA di Kuching, hari ini.

RADDA bakal laksana 77 projek pembangunan

KUCHING, 16 Julai: Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) bakal melaksanakan 77 projek pembangunan di kawasan tersebut melibatkan peruntukan RM1.5 bilion.

Timbalan Menteri Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, semua projek berkenaan telah diluluskan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Datuk Len Talif Salleh mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu RADDA di Kuching, hari ini.

Len yang juga Pengerusi RADDA berkata pihaknya kini menanti proses pelantikan jururunding untuk dimuktamadkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak sebelum projek-projek itu dilaksanakan.

“Kita sudah juga menghantar senarai jururunding yang melibatkan empat jururunding tiap-tiap projek yang melibatkan sivil dan struktur, seni bina, mekanikal dan elektrikal serta jurukur bahan dalam semua projek kita,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu RADDA di sini, hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam kawasan RADDA.

Len Talif berkata lagi, RADDA turut memperuntukkan RM78 juta pada tahun ini bagi melancarkan proses pelantikan jururunding serta proses-proses pentadbiran yang lain bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek yang disenarai serta diluluskan.

RADDA yang meliputi kawasan seluas 11,330 kilometer persegi mempunyai kira-kira 300,000 penduduk.

Ia melibatkan 11 Dewan Undangan Negeri iaitu Kuala Rajang, Semop, Daro, Jemoreng, Repok, Meradong, Pakan, Meluan, Balingian, Dalat and Tellian dalam lima kawasan Parlimen iatu Mukah, Igan, Tanjung Manis, Sarikei dan Julau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan