Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Winnie Wena Dominic Lai (kanan) dan Bonaventure Gabriel ketika ditemui TVS di Pesta Kaul Mukah di Pantai Kala Dana hari ini. Foto Yazid Ibrahim (TVS)

Pesta Kaul Mukah: Warisan unik kaum Melanau jadi tumpuan

ByHafeezzur Muzamir

MUKAH, 16 Julai: Pantai Kala Dana di muara Sungai Mukah dijangka terus menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pengunjung luar dari 13 hingga 21 Julai ini apabila warisan unik etnik Melanau ditampilkan pada Pesta Kaul Mukah.

Acara tahunan itu yang mula dilangsungkan sejak 1991 dan kemudiannya dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Sarawak sembilan tahun kemudian menyaksikan ia menjadi destinasi pilihan pelancong setiap kali menjelang pesta itu bagi melihat dengan lebih dekat keunikan budaya, adat, tradisi dan makanan masyarakat Melanau yang dihimpunkan menerusi reruai pameran dan gerai komuniti.

Menurut ketua kaum, Winnie Wena Dominic Lai, 55, meskipun konsep pesta itu adalah sama saban tahun, namun ia tetap menjadi tumpuan pengunjung luar yang tidak jemu melihat keunikan masyarakat Melanau.

“Kalau dilihat tiga hari pertama ini jumlah pengunjung yang hadir masih kurang disebabkan hari persekolahan dan mereka bekerja, namun menjelang hujung minggu nanti (dua hari terakhir), kita akan lihat pengunjung luar datang sebab mereka mereka mahu melihat keunikan masyarakat Melanau terutama sekali makanan.

“Macam-macam dipamerkan di gerai seperti pameran pembuatan sagu menggunakan ‘belanga’, sebelum ini belum pernah ditampilkan.

“Sebab lain mengapa mereka berkunjung ke sini kerana mahu melihat bagaiman Pesta Kaul itu dilangsungkan dari mula sampai akhir, pesta ini unik sebab itu temanya tiada seunikknya,” katanya ketika ditemui TVS di Pantai Kala Dana di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang warga tempatan, Bonaventure Gabriel, 32 berkata, penganjuran edisi kali ini diyakini lebih menarik susulan pembukaan 22 gerai komuniti yang dihiasi dengan pelbagai perhiasan berteraskan kebudayaan masyarakat Melanau.

“Bagi saya tahun ini perbezaan yang lain sedikit berbanding tahun sebelum ini ialah keunikan yang terdapat pada gerai-gerai komuniti kampung yang menampilkan adat resam Melanau.

“Meskipun pesta kali ini yang sepatutnya dianjurkan pada April tetapi ditangguhkan pada bulan ini, dan ia dianjurkan serentak dengan Regata Mukah, saya tetap yakin pesta ini tetap akan jadi tumpuan kerana keunikannya,” katanya.

Pesta Kaul Mukah 2024 berlangsung bermula 13 hingga 21 Julai ini bertempat di Pantai Kala Dana dengan kehadiran pengunjung pada edisi kali ini dijangka mencecah 10,000 orang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan