Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ramli mengesahkan telah membuat laporan polis terhadap pemilik akaun TikTok yang didakwa memfitnahnya. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Parlimen: Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat buat laporan polis

ByJeeridyne

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor membuat laporan polis selepas mendakwa beliau difitnah termasuk terlibat dengan rasuah oleh seorang pengguna TikTok.

Ramli yang juga Ahli Parlimen Cameron Highland berkata, beliau juga sedang menimbangkan untuk menyaman pemilik akaun itu yang menggunakan nama Apong606 sebanyak RM1 juta.

“Saya akan mempertimbangkan (tindakan saman) selepas siasatan polis dan (pelaku perlu) meminta maaf menerusi media sosial kepada saya,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Menurut Ramli, dakwaan yang dibuat itu sangat tidak berasas, tidak bertanggungjawab dan berbaur hasutan.

“Tiktoker tersebut menyatakan saya musnahkan Orang Asli, suruh makan tahi, bagi makan dedak dan sebagainya.

“Ucapan itu telah memalukan serta menjatuhkan maruah saya sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands dan Ahli Parlimen tunggal yang mewakili masyarakat Orang Asli,” katanya.

Selain itu Ramli juga memaklumkan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia dan Malaysia (SKMM) supaya siasatan dapat dilakukan mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan