Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mas Ermieyati Samsudin bersama anggota PAC mengadakan sidang media di Parlimen hari ini. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Parlimen: Percepatkan kerja naik taraf sekolah daif di seluruh negara

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)PAC berpandangan masih terdapat banyak ruang penambahbaikan bagi mencapai inisiatif sifar bangunan sekolah daif.

Sehubungan itu PAC menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya lebih proaktif mempercepat tindakan berhubung projek pembangunan, kerja-kerja ubah suai dan naik taraf bangunan daif.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, proses verifikasi juga perlu dipergiatkan bagi data dalam Sistem Pengurusan Maklumat Pendidikan (EMIS).

“PAC turut mencadangkan kepada KPM untuk turut melihat kepada kerja – kerja pencegahan bagi menangani isu bangunan daif di sekolah (dengan) mengambil kira kewangan dan peruntukan sedia ada.

“Orang ramai boleh membaca setiap tindakan susulan KPM, JKR Malaysia, JKR Sarawak dan JKR Sabah serta ulasan PAC dengan melayari laman web PAC di alamat https://www.parlimen.gov.my/pac/ ,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Sidang media berkenaan merupakan yang terakhir oleh PAC bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen Ke- 15 dengan membentangkan Laporan Tindakan Susulan KPM, JKR Malaysia, JKR Sarawak dan JKR Sabah Bagi Syor-Syor Laporan PAC Berhubung Pengurusan Naik Taraf Dan Pembangunan Semula Bangunan Daif di Sekolah.

Mas Ermieyati memaklumkan, laporan hari ini bagi memaklumkan tindakan susulan yang diambil KPM, JKR Malaysia, JKR Sarawak dan JKR Sabah terhadap syor-syor PAC Parlimen dalam Laporan PAC berkaitan Pengurusan Naik Taraf Dan Pembangunan Semula Bangunan Daif Di Sekolah yang telah dibentangkan di Parlimen pada 21 Mac 2024.

“PAC telah mengadakan Prosiding Tindakan Susulan berhubung isu sekolah daif pada 3 Julai 2024 dan saksi yang hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Kementerian Kewangan mewakili Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha, KPM,” katanya.

Sementara itu beliau memaklumkan sepanjang sesi ini, PAC telah membentangkan enam laporan termasuk membabitkan FELCRA Berhad, Laporan Tindakan Susulan Kementerian berhubung Pengurusan Pembangunan Hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi, Laporan PAC berhubung Pengurusan Pekerja Asing Melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS), Laporan PAC berhubung Pengurusan Dana Latihan dan Keberkesanan Program Latihan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp), Laporan PAC berhubung Pengurusan Hutan dan Impak kepada Alam Sekitar dan Laporan Tindakan Susulan Kementerian berhubung UiTM Holdings Sdn. Bhd.

Beliau turut mengulas  pertukaran Naib Pengerusi PAC iaitu Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok  yang dipilih menggantikan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi yang  dilantik sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah TalentCorp.

“Kami mengalu-alukan pelantikan Teresa.PAC percaya pengalaman luas beliau sebagai Ahli Parlimen dan bekas Menteri Industri Utama dapat menjadikan PAC lebih berwibawa dalam memastikan setiap laporan yang dibentangkan mempunyai impak kepada kerajaan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan