Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Poster BIFA. Foto Pustaka Miri

Pameran seni BIFA di Pustaka Miri pada 28 Julai 2024

MIRI, 16 Julai: Pameran seni Borneo International Arts Festival (BIFA) akan diadakan di lobi Pustaka Negeri Sarawak, Miri pada 28 Julai ini.

Pegawai Pengurusan Korporat Pustaka Miri, Shirley Szebah Mambai berkata pameran bertemakan ‘A Tapestry of Nature and Culture’ dianjurkan dengan kerjasama Curtin Universiti Malaysia mengetengahkan hasil karya artis tempatan dan antarabangsa.

“Selain mempamerkan karya mereka, pameran seni ini dapat mempromosikan pemahaman dan penghargaan terhadap pelbagai budaya melalui karya seni artis. Melalui pameran ini, orang ramai boleh mempelajari tentang kepelbagaian ekspresi seni dan warisan budaya.

“Tambahan pula, acara ini dapat menyediakan platform untuk artis menerima penghargaan dan pengiktirafan atas dedikasi mereka,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Perkhidmatan Penglibatan Komuniti melalui e-mel cesd.pm@gmail.com atau 085-422 525 (Dorithy Dela Anak Lawrence, Muhd. Annwar Adenan, Zuwahir Ilias, dan Suzanna Abdullah), atau lawati platform media sosial rasmi Pustaka Negeri Sarawak, Miri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan