Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Litar pintas dikenal pasti sebagai punca asap dalam bilik papan kunci utama (MSB) di bangunan CATS FM, Jalan Demak Laut, di sini sekitar jam 9.16 malam ini. Foto JBPM

Litar pintas punca asap di CATS FM

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 16 Julai: Litar pintas dikenal pasti sebagai punca asap dalam bilik papan kunci utama (MSB) di bangunan CATS FM, Jalan Demak Laut, di sini sekitar jam 9.16 malam ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, siasatan awal forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati hanya asap keluar dari bilik MSB dan tiada operasi pemadaman di lakukan.

Menurut laporan PGO, seramai 10 anggota BBP Petra Jaya beserta masing-masing sebuah jentera FRT dan EMRS digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 9.24 malam.

“Operasi tamat jam 10.05 malam setelah memastikan keadaan selamat dan terkawal dan seterusnya bertolak balik ke balai,” catat laporan terbabit

Seramai tiga anggota polis turut berada di lokasi serta tiada kemalangan jiwa di laporkan.

Setakat berita ini ditulis, pihak bomba sedang melakukan siasatan dan menunggu pihak Sarawak Energy di lokasi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan