Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak Noor Seela Noor Sulaiman ketika ditemui media selepas Program Bengkel Pemasaran dan Penajaan Seni Budaya 2024 yang diadakan di Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Kuching Negeri Sarawak, hari ini. Foto Jazni Hanif (TVS)

Kepelbagaian budaya, etnik kelebihan industri seni Sarawak

ByAdlina Rahman

KUCHING, 16 Julai: Kepelbagaian budaya dan etnik yang wujud di Sarawak diakui merupakan kelebihan kepada industri seni dan kebudayaan tempatan untuk berkembang lebih maju kata, Noor Seela Noor Sulaiman.

Beliau yang merupakan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak berkata, kelebihan ini meletakkan industri seni dan budaya Sarawak setaraf dengan pembangunan industri itu di negeri lain di seluruh negara.

“Sarawak mempunyai pelbagai etnik dan kaya dengan seni budaya. Keunikan itulah yang menyebabkan Sarawak bukan calang-calang negeri untuk mempersembahkan keunikan kebudayaan itu ke peringkat bukan di Malaysia (sahaja) tetapi di dunia sebenarnya. Kalau diikutkan kita seiring dengan Indonesia berbanding negeri lain,” jelas beliau.

Beliau menambah di bawah Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Pembangunan Bakat juga, pembangunan industri seni negeri dilihat berkembang maju.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Bengkel Pemasaran dan Penajaan Seni Budaya 2024 yang diadakan di Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Kuching Negeri Sarawak, hari ini.

Bengkel yang dihadiri kira-kira 70 orang pemain industri seni dan budaya tempatan turut menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group, Kushairi Abang, Presiden Persatuan SukaSeni, Rafie Syazwan Arpandi, Pengurus Stesyen Radio KupiKupi FM Sarawak, Gideon Jute dan Penerbit Muzik KGE Studio, Muhamad Anas Amdan berkongsi pentas bagi mengulas lebih lanjut berkenaan industri seni di negeri ini.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak Noor Seela Noor Sulaiman bersama Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group, Kushairi Abang Program Bengkel Pemasaran dan Penajaan Seni Budaya 2024 yang diadakan di Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Kuching Negeri Sarawak, hari ini. Foto TVS

Sementara itu Noor Seela turut menyatakan bahawa pembangunan industri seni negeri turut dilihat berpotensi untuk berkembang lebih maju.

Memetik contoh kewujudan TVS beliau berkata ia dilihat mampu memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pembangunan industri itu di wilayah ini.

“Melalui stesen TV sendiri (TVS), kesemua keunikan (seni dan budaya) yang ada di Sarawak boleh dipersembahkan. Melalui TVS, kebanyakan program atau keunikan Sarawak ini dapat dipertontonkan malah bukan sahaja masyarakat umum tetapi juga masyarakat dunia.

Di situ pihak TVS boleh meyerlahkan dengan lebih terperinci kekayaan, kebudayaan dan kesenian itu di Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan