Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Senator Dr. Zulkifli Hasan pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen hari ini. Foto, Bernama.

Dewan Rakyat: Saring pendakwah untuk kekang pandangan liberal

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Kerajaan melaksanakan saringan terhadap individu yang ingin menyampaikan ajaran Islam di negara ini bagi mengekang penyebaran pandangan liberal.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Dzulkifli Hasan berkata, saringan itu akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa agama dan Agensi Keselamatan Negara.

Kerajaan juga katanya akan melaksanakan penguatkuasaan tauliah bagi individu yang ingin mengajar agama.

“Selain daripada itu, kita juga melaksanakan tapisan terhadap bahan penerbitan dan kandungan media berunsur Islam berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak berkuasa agama dan agensi yang berkaitan,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Zulkifli Ismail (Perikatan Nasional-Jasin) yang ingin tahu pendekatan kerajaan membendung penyebaran Islam liberal yang didapati berselindung di sebalik program wacana dan dialog.

Sementara itu menyentuh aspek kurikulum, Dzulkifli berkata pelbagai inisiatif dilaksanakan dalam usaha memastikan kurikulum formal dan informal yang disediakan bebas daripada ideologi tersebut.

“Di bawah Jawatankuasa Pemandu Menangani Ancaman Akidah dan perbincangan di bawah Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan sememangnya memainkan peranan yang penting.

“Ia untuk memastikan kurikulum bersepadu, kurikulum yang dapat menangani dan juga boleh memberikan satu kefahaman dan kesedaran akudah, syariah dan akhlak yang betul selandas dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah maka doakan negara kita akan terus terpelihara,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan