Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program memperkasa bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah membabitkan guru sukarela dari Singapura terus dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: Orang Singapura tak begitu fasih bahasa Inggeris – Ahli Parlimen Tebrau

ByJeeridyne

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Program memperkasa bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah membabitkan guru sukarela dari Singapura terus dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berkata, beliau secara peribadi berpendapat, rakyat Singapura tidak begitu fasih berbahasa Inggeris.

Kata Jimmy Puah, Malaysia memiliki lebih banyak pakar yang mahir dalam bahasa berkenaan berbanding rakyat Singapura dan mereka perlu diberi keutamaan untuk membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar sekolah.

“Adakah kerajaan sebenarnya telah cuba libatkan orang (tempatan) yang lebih fasih berbahasa Inggeris, contohnya guru bersara, sekarang mereka tidak ada kerja, kenapa tak libatkan untuk mereka ajar ahasa Inggeris.

“Berkenaan guru sukarelawan Singapura, oklah kita terima,” katanya ketika mengajukan soalan tambahan pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Menteri di sini.

Menjawab persoalan berkenaan, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mengalu – alukan sukarelawan yang ingin berkhidmat bagi memantapkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar di negara ini.

“Saya jawab begini, kalau sukarelwan nak datang, kita alu- alukan, (begitu juga) kalau guru bersara, pun tak ada masalah,” katanya.

Fadhlina berkata, KPM telah lama bekerjasama dengan guru bahasa Inggeris bersara dalam program meningkatkan penguasaan bahasa itu.

“Mereka membantu KPM tingkatkan bahasa Inggeris contohnya menerusi Program Hip Mentor yang diperkenalkan dengan menyediakan persekitaran bahasa Inggeris di sekolah menerusi pelbagai pendekatan dan aktiviti bahasa yang lebih menarik.

“Tidak ada masalah kerana kita buka ruang kepada pesara untuk sumbang kepakaran,” katanya.

Sementara itu menjawab soalan Kalam Salam (Bebas – Sabak Bernam) yang ingin tahu pihak yang akan memantau guru sukarelawan bahasa Inggeris berkenaan mengajar di kawasan miskin bandar, pinggir bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak, Fadhlina berkata, mereka tertakluk di bawah pemantauan KPM bagi memastikan objektif program tercapai.

Terdahulu beliau memaklumkan, hasil perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya dari Singapura baru-baru ini, wujud cadangan diperkenalkan skim bantuan atau sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi antara dua negara dan dibiayai oleh kerajaan Singapura.

“Skim ini bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar, pinggir bandar dan luar bandar, termasuk Sabah dan Sarawak.

“KPM menyambut baik dan sedang meneliti cadangan sukarelawan ini terutama dari sudut pelaksanaan di institusi pendidikan KPM agar perkara ini selari dengan dasar dan peraturan sedia ada,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan