Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd. telah dipertanggungjawabkan untuk menghantar dua buah helikopter pada 30 Oktober 2023 dan baki dua lagi pada 30 Disember 2023. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: Apa punca Tentera Darat Malaysia belum terima helikopter UH-60A Black Hawk ?

ByJeeridyne

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Peperangan yang berlarutan di Ukraine merupakan antara punca syarikat bertanggungjawab gagal untuk menghantar helikopter bagi kegunaan Tentera Darat Malaysia (TDM), Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd. telah dipertanggungjawabkan untuk menghantar dua buah helikopter pada 30 Oktober 2023 dan baki dua lagi pada 30 Disember 2023.

Namun jelas beliau syarikat itu telah memaklumkan bahawa terdapat beberapa kekangan.

“Justifikasi yang diberikan oleh syarikat (selain) peperangan di Ukraine ialah proses kelulusan pihak pengawal selia Amerika Syarikat telah diperketatkan bagi pemodenan spesifikasi teknikal dan integrasi sistem avionik ke atas pesawat Black Hawk UH-60A,” katanya pada Waktu Pertanyaan – Pernyataan Menteri di sini hari ini.

Adly menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Perikatan Nasional – Tanah Merah) yang meminta Menteri menyatakan punca kegagalan Aerotree Defence & Services gagal membekalkan helikopter jenis UH-60A Black Hawk kepada TDM mengikut waktu yang ditetapkan dan apakah tindakan susulan kementerian bagi memastikan kepentingan TDM terpelihara.

Sementara itu beliau memaklumkan kelewatan juga berpunca akibat garis masa program kerja dan jangkaan penghantaran helikopter itu ke Malaysia telah disemak semula dan diperbaharui oleh Slovak Training Academy.

“Kementerian Pertahanan memandang serius mengenai kelewatan ini kerana ia akan memberi impak negatif terhadap pengoperasian helikopter Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

“Sebagaimana yang digariskan dalam kontrak, sekiranya berlaku sebarang kelewatan dalam penghantaran helikopter tersebut, kerajaan boleh mengenakan denda lewat ke atas kelewatan yang disebabkan oleh syarikat (berkenaan),” katanya.

Tambah beliau, sekiranya syarikat itu masih gagal membuat penghantaran mengikut tarikh yang ditetapkan, kementerian boleh membatalkan perolehan ini dan menender semula sebagaimana yang disyaratkan dalam kontrak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan