Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas jaguh baling tukul besi negara pada era-70-an, M. Dattaya meninggal dunia di rumah anak perempuannya di Melbourne, Australia, pagi ini. Foto Media sosial

Dattaya meninggal dunia pada usia 90 tahun

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Bekas jaguh baling tukul besi negara pada era-70-an, M. Dattaya meninggal dunia di rumah anak perempuannya di Melbourne, Australia, pagi ini.

Mendiang berusia 90 tahun.

,Dattaya merupakan pemenang emas Sukan SEA sebanyak tagi kali iaitu pada edisi 1971 (Kuala Lumpur), 1973 (Singapura) dan 1979 (Jakarta) serta beberapa pingat dalam acara lempar cakera pada kejohanan antarabangsa.

Bekas pemenang emas acara lontar peluru Sukan SEA tiga kali, Nashatar Singh memberitahu Bernama bahawa beliau menerima khabar duka itu daripada salah satu kumpulan Whatsapp bekas atlet negara.

“Saya tidak tahu sebab pemergiannya tetapi saya tahu dia berkerusi roda sejak tiga tahun lalu. Kali terakhir saya menghubunginya tahun lalu,”kata Nashatar yang berusia 85 tahun.

Sementara itu, bekas juara 400 meter negara tiga kali, K. Jayabalan menyifatkan Dattaya sebagai “rakan seperjuangan yang rajin dan periang”.

“Dia adalah kawan baik saya. Kami selalu keluar makan bersama-sama apabila kami mengadakan kem latihan pusat ketika itu,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan