Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seekor ikan paus yang jarang ditemui telah terdampar di New Zealand. Foto AFP

Bangkai paus jarang ditemui terdampar di New Zealand

ByBernama

ISTANBUL, 16 Julai: Seekor ikan paus yang jarang ditemui telah terdampar di New Zealand dan pihak berkuasa mengakui bahawa tidak banyak yang diketahui mengenai spesies itu, lapor Agensi Anadolu.

Bangkai paus sepanjang kira-kira lima meter itu ditemui minggu lepas di pantai berhampiran Taiari Mouth di wilayah Otago, Pulau Selatan.

“Dipercayai ini adalah paus spade-toothed jantan, spesies yang begitu jarang ditemui sehingga hampir tiada maklumat diketahui tentang mereka.”

“Jika perkara ini disahkan, ia akan menjadi penemuan saintifik yang sangat penting,” kata Pegawai Jabatan Pemuliharaan (DoC), Gabe Davies dalam satu kenyataan.

Paus spade-toothed adalah antara spesies mamalia besar yang paling kurang diketahui pada zaman moden, menurut DoC.

Sejak 1800-an, hanya enam sampel pernah didokumentasikan di seluruh dunia dan kesemua sampel kecuali satu berasal dari New Zealand.

“Berdasarkan sudut pandangan saintifik dan pemuliharaan, ini adalah penemuan besar.

“Spesimen ini memberi peluang pertama untuk paus jenis spade-toothed dibedah,” kata Davies yang juga merupakan Pengurus Operasi Pesisir Otago DoC.

DoC itu telah menghantar sampel ke Universiti Auckland sebagai kurator Arkib Tisu Cetacea New Zealand.

Proses pengesahan DNA mungkin mengambil masa beberapa minggu atau beberapa bulan sebelum dapat disahkan, menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan