Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman ketika melawat tapak Pesta Makan Tahun Kedayan di Kampung Tegarai. Foto TVS

10,000 pengunjung bakal hadir Pesta Makan Tahun Kedayan Limbang

LIMBANG, 16 Julai: Kira-kira 10,000 pengunjung tempatan serta dari negara jiran, Brunei Darussalam bakal memeriahkan Pesta Makan Tahun Kedayan, anjuran Persatuan Kedayan Limbang (PKL) yang akan diadakan pada 2 hingga 4 Ogos depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata pelbagai persiapan rapi sudah diadakan untuk menganjurkan pesta yang memasuki edisi kelapan itu dengan memilih Kampung Tegarai sebagai venue utama penganjuran tahun ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah menjelaskan pesta itu amat signifikan dengan masyarakat Kedayan yang memaparkan kebudayaan dan adat tradisi, pakaian, makanan, sukan tradisional dan bahasa kaum kedayan di utara wilayah ini.

“Dijangkakan jumlah pengunjung yang datang Pesta Makan Tahun Kedayan sekitar 10,000 orang dan penganjuran ini meliputi pelbagai acara termasuk acara sukan, kebudayaan dan juga acara kemuncaknya adalah pada malam kebudayaan iaitu ratu kepala kapoo (ratu cantik).

“Program ini adalah salah satu di bawah Jawatankuasa Perayaan Utama Daerah Limbang dan di sokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Sarawak dan juga Pejabat Residen Limbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan ke tapak Pesta Makan Tahun Kedayan di Kampung Tegarai pada Selasa.

Budaya Makan Tahun merupakan salah satu adat resam kaum Kedayan yang dahulunya dilakukan selepas menuai padi.

Makan Tahun akan diadakan sebagai tanda kesyukuran kerana mendapat hasil menuai padi yang memberangsangkan dan makan tahun diadakan bagi mengharapkan mereka mendapat pendapatan yang lebih baik pada masa akan datang. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan