Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

TYT serta isteri mengadap Sultan Hassanal Bolkiah

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 15 Julai: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi hari ini mengadap Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah diiringi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta isteri Datuk Dayang Morliah Awang Daud ketika mengadap Sultan Hassanal Bolkiah sekitar jam 2 petang tadi.

Turut hadir dalam pertemuan itu Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Mohamed Alam.

Terdahulu rombongan kepimpinan tertinggi Sarawak itu menghadiri Majlis Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-78.

Pada Selasa, Tun Wan Junaidi dan isteri dijangka hadir ke Majlis Santapan Malam bersempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-78 pada jam 7.30 malam di Dewan Persantapan Diraja Istana Nurul Iman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan