Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah dan Tiong Ling Hii bersama murid-murid SK St. Kevin yang menjadi Pasukan Bomba Junior yang pertama di Sarawak. Foto TVS

Tanah untuk pembinaan balai bomba di Dalat sudah disediakan

DALAT, 15 Julai: Daerah ini memerlukan sebuah balai bomba sebagai tindakan segera bagi menangani sebarang kes kecemasan, termasuk membolehkan pasukan itu tiba di lokasi kebakaran dengan lebih pantas.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sebuah tapak sudah disediakan bagi tujuan itu dan kini hanya menunggu maklum balas Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakannya.

Malah katanya, satu lot sudah diluluskan untuk tujuan pembinaan balai bomba di Lot 638, Dalat Land District.

“Kita tidak menafikan sumbangan besar bomba komuniti Dalat dalam membantu setiap kali berlaku kebakaran atau kecemasan.

“Namun, kita tetap memerlukan sebuah balai bomba bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan masyarakat di kawasan ini,” katanya ketika menyempurnakan mini karnival kempen keselamatan kebakaran di Tebingan Sungai Dalat pada Ahad.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata, keperluan membina balai bomba di daerah itu semakin mendesak berikutan pertambahan jumlah penduduk, selain faktor kepesatan pembangunan.

Ketika ini ujarnya, Balai Bomba dan Penyelamat terdekat terletak di Mukah, iaitu sekitar 30 minit perjalanan darat.

Sehubungan itu, beliau memuji komitmen tinggi pasukan Bomba Komuniti Dalat sebagai pihak bertindak setiap kali berlaku kes kebakaran di daerah itu sama membabitkan hutan ataupun rumah kediaman.

Dalam pada itu, Karnival Mini Kempen Keselamatan Kebakaran bertujuan mendekati masyarakat melalui pendedahan dan perkongsian untuk meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan kebakaran

Program berkenaan turut menyaksikan Pelancaran Penubuhan Pasukan Bomba Junior yang pertama di Sarawak iaitu daripada SK St. Kevin, Sungai Kut selaras dengan misi menerapkan nilai-nilai kebombaan dalam kalangan murid sekolah rendah untuk membudayakan suasana pesekitaran yang selamat.

Turut diadakan ialah penyerahan aset jabatan iaitu sebuah kenderaan Volunteer Fire Response Vehicle (VFRV) kepada Pasukan Bomba Sukarela Pekan Dalat selain penyerahan Vest Fire Marshall Bomba Komuniti.

Hadir sama, Pemangku Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan