Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pikap yang terbabit kemalangan, mengorbankan seorang penumpang di Lawas, semalam. Foto IPD Lawas.

Seorang maut, tiga cedera dalam kemalangan di Lawas

LAWAS, 15 Julai: Seorang lelaki warga emas maut, manakala tiga lagi cedera selepas kenderaan pikap yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 33, Jalan Lawas Merapok semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan berkata dalam kejadian yang berlaku pada 11.42 pagi itu, mangsa yang duduk di kerusi penumpang dikenali sebagai Hong Ming Tuck, 60, berasal dari Kelantan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketika kejadian, pikap dinaiki mangsa bersama dua lagi individu lain datang dari arah Merapok menuju ke bandar Lawas.

“Apabila tiba di tempat kejadian tiba-tiba kereta jenis Kancil keluar dari simpang Ulu Merapok menyebabkan pemandu kereta pikap tidak sempat mengelak lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan terbalik.

“Akibat pertembungan itu, mangsa tercampak keluar dari kereta dan mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lawas,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Lawas untuk tindakan lanjut. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan