Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah sarang burung milik pesara tentera yang dipecah masuk individu tidak bertanggungjawab. Foto TVS

Pesara tentera terkejut lihat rumah sarang burung miliknya dipecah masuk

PANTU, 15 Julai: Seorang pesara tentera terkejut melihat rumah sarang burung yang diusahakannya sejak tiga tahun lalu tidak jauh dari Selantik Ulu di sini, dipecah masuk ketika mahu melakukan pemeriksaan rumah sarang burung berkenaan kelmarin.

Pesara tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Doni berkata, penjenayah terbabit bertindak merosakkan kunci pintu rumah burungnya dan mahu mencuri apa sahaja barang atau sarang burung yang berada di dalamnya.

“Bagaimanapun, tindakan meraka hanya sia-sia kerana tiada sarang burung di dalamnya, malah kesemua peralatan telah saya bawa balik,” katanya.

Beliau menasihatkan penduduk yang ada membina rumah sarang burung di tepi jalan utama dari Pantu hingga ke Simunjan perlu kerap memantau rumah berkenaan agar ia tidak menjadi sasaran penjenayah.

“Saya syak individu atau kumpulan penjenayah yang melakukan akitiviti ini terlibat dalam kegiataan penyalahgunaan dadah sehingga terdesak memecah masuk rumah sarang burung milik penduduk lain.

“Justeru, pemilik rumah sarang burung di Pantu termasuk pekebun kecil sawit harus peka terhadap situasi seperti ini agar mereka tidak menjadi mangsa kegiatan jenayah kumpulan ini kelak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan