Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bilangan 5 Tahun 2024 hari ini. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Pelaksanaan peralihan tenaga bersistematik mampu angkat Malaysia jadi destinasi pelaburan hijau pilihan – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bilangan 5 Tahun 2024 hari ini berkata mesyuarat itu telah menilai dan bersetuju ke atas pelan tindakan dalam usaha meningkatkan kedudukan daya saing negara.

“Sayugia, usaha ini dijangka mengupaya lonjakkan semula kedudukan Malaysia dalam Laporan Indeks Daya Saing World Competitiveness Index yang diterbitkan oleh Institute for Management Development (IMD).

“Kerajaan MADANI amat optimistik dan percaya bahawa Malaysia mampu memperbaiki kedudukan daya saingnya dan mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan demi untuk kesejahteraan rakyat,” kata beliau menerusi satu hantaran di laman X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter, hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata beberapa hasil kajian terkait pelan strategik disentuh pada mesyuarat tersebut untuk meningkatkan pelaburan hijau selari dengan tumpuan menjadikan Malaysia sebagai destinasi dan hab pelaburan hijau utama serantau.

Beliau berkata ikhtiar itu amat penting untuk merealisasikan sasaran karbon sifar bersih seawal tahun 2050, seperti yang telah ditetapkan di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan