Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, esok. Foto PDRM

Nur Farah Kartini disyaki dibunuh, seorang penjawat awam ditahan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Polis mengesahkan seorang penjawat awam ditahan bagi membantu siasatan kes kematian Nur Farah Kartini Abdullah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, mayat Nur Farah Kartini ditemukan pada pukul 6 petang tadi di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

Wanita dilapor hilang selepas hantar kereta sewa kepada pelanggan

Jelas beliau pemeriksaan lanjut mengesahkan identiti mayat berkenaan sebagai Nur Farah Kartini, 25, yang dilaporkan hilang pada Rabu lepas.

“Ekoran penemuan ini, polis telah menahan seorang lelaki warganegara berusia 26 tahun untuk membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan media malam ini.

Beliau memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Wanita asal Sarawak dilaporkan hilang Rabu lepas ditemukan meninggal dunia

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan