Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Dzul Hadzwan Husaini. Foto UNIMAS

Implikasi ‘full loan’ perlu dilihat semula

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 15 Julai: Implikasi pelaksanaan pinjaman penuh atau ‘full loan’ dalam pembelian kenderaan perlu dipertimbang dan dilihat semula.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Dzul Hadzwan Husaini sekiranya ia dilaksanakan, perkara tersebut akan lebih memberi impak kepada golongan muda dan berpendapatan rendah.

“Ini sedikit sebanyak akan memberi kesan terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah serta anak muda yang baharu memulakan kehidupan selepas menghabiskan pengajian dan persekolahan. Kekangan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan juga ‘standard of living’ bagi golongan ini.

“Jika kita lihat di Malaysia, kebergantungan terhadap pemilikan kereta persendirian ini amat tinggi kerana kita tidak mempunyai sistem pengangkutan awam yang meluas. Yang kita ada adalah hanya sistem pengangkutan awam yang memuaskan di Kuala Lumpur sahaja. Justeru itu pemilikan kereta persendirian ini boleh dikatakan keperluan asas di kebanyakan tempat di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi TVS hari ini bagi mengulas impak pelaksanaan pinjaman penuh terhadap pembelian kereta seperti yang tular di laman sosial sejak kebelakangan ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, adalah memadai sekiranya dasar itu dilaksanakan ke atas pembelian kereta import.

“Bagi saya, cukup syarat ini dikenakan kepada pembelian kereta secara pinjaman untuk pembelian kereta import ataupun pembelian kereta yang melibatkan jumlah pinjaman melebihi RM100,000 agar risiko kebankrapan ini dapat dikurangkan,” jelasnya.

Sebelum ini, tular dakwaan mengatakan kerajaan akan menggunakan sistem e-invois dalam sistem jualan kenderaan bermula Ogos ini sekali gus menghapuskan amalan pinjaman penuh pembelian kereta.

Susulan itu, pembeli perlu membayar sekurang-kurangnya 10 peratus wang pendahuluan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan