Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Koperasi yang berkelayakan boleh memohon Pembiayaan Tabung Modal Pusingan SKM (TMPSKM) sehingga RM30 juta bagi mengembang atau memperluas aktiviti perniagaan di sektor pelancongan.

Dewan Rakyat: Pembiayaan hingga RM30 juta untuk koperasi luaskan perniagaan pelancongan

ByJeeridyne

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Koperasi yang berkelayakan boleh memohon Pembiayaan Tabung Modal Pusingan SKM (TMPSKM) sehingga RM30 juta bagi mengembang atau memperluas aktiviti perniagaan di sektor pelancongan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, sepanjang 2023 dan sehingga 31 Mei 2024, sebanyak lima koperasi menjalankan aktiviti pelancongan telah diluluskan pembiayaan berjumlah RM4.2 juta.

Jelas beliau, kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) turut menyediakan Geran Bantuan Pembangunan kepada koperasi yang berkelayakan bagi mengukuh dan mengembang aktiviti perniagaan koperasi termasuk aktiviti pelancongan dengan bantuan sehingga RM300,000.

“(Sepanjang) 2023 dan sehingga 31 Mei 2024, sebanyak 13 koperasi telah diluluskan geran bantuan pembangunan dalam sektor pelancongan berjumlah RM881,000,” katanya pada Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Ewon menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Perikatan Nasional – Masjid Tanah) yang ingin tahu prestasi atau keterlibatan koperasi-koperasi di dalam sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 memandangkan koperasi lebih cenderung dengan sektor pertanian dan pemborongan.

Sementara itu, Ewon berkata, kementerian menyokong keputusan kerajaan dalam menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan memastikan keterlibatan koperasi dalam sektor pelancongan.

“Sehingga 31 Disember 2023, sebanyak 233 koperasi yang terlibat secara khusus dalam sektor pelancongan yang meliputi 39 aktiviti berasaskan pelancongan seperti hotel dan inap desa, penjagaan diri dan kesihatan, pusat kecantikan, spa dan salon serta termasuklah kraf seperti batik dan sebagainya,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan