Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia yang merupakan antara terendah di Asia Tenggara telah menarik minat pelabur asing. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: Kadar tarif elektrik di Malaysia antara terendah di Asia Tenggara

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Malaysia merupakan antara negara yang mengenakan purata kadar tarif elektrik terendah berbanding negara lain di Asia Tenggara.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, penetapan kadar tarif itu khususnya di Semenanjung Malaysia menjadi tarikan utama pelabur asing berminat untuk menjalankan aktiviti pelaburan di negara ini.

“Kerajaan telah membuktikan tawaran yang diberikan kepada pelabur telah berjaya menarik minat ramai pelabur asing seperti Google, Microsoft dan sebagainya untuk melabur di Malaysia.

“Salah satu daripada tarikan pelabur-pelabur asing ini adalah kadar tarif di Semenanjung Malaysia yang kompetitif dan antara terendah di Asia Tenggara,” katanya pada Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Aminuddin Harun (Pakatan Harapan-Port Dickson) yang ingin tahu kemampuan untuk menarik pelabur asing untuk bersaing dengan negara-negara jiran.

Sementara itu, Akmal Nasrullah memaklumkan, kementeriannya dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang membuat semakan mengenai cadangan penetapan purata tarif asas pada kadar 39.95 sen/kwJ bagi tempoh kawal selia keempat bermula 1 Januari 2025 sehingga 31 Disember 2027.

Jelas beliau, inisiatif itu dilaksanakan bagi memastikan penetapan purata tarif asas adalah selaras dengan agenda nasional untuk mencapai karbon sifar bersih menjelang 2050.

“Pada masa yang sama, cadangan tersebut berupaya mengimbangi trilema tenaga iaitu dalam konteks memastikan tenaga yang lestari, selamat dan mampu milik dalam rantaian pembekalan elektrik di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Terdahulu, kerajaan telah menetapkan purata tarif asas elektrik bagi tempoh kawal selia ketiga pada kadar 39.95 sen/kWj setelah mengambil kira unjuran harga bahan api, keperluan kos modal, kos operasi dan kadar keuntungan Tenaga Nasional Berhad. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan