Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sultan Hassanal Bolkiah mengurniakan darjah kebesaran negara Brunei kepada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, hari ini. Foto Pejabat Premier Sarawak

Abang Johari dikurniakan Darjah Setia Negara Brunei

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 15 Julai: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menerima darjah kebesaran negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-78 Keputeraan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Abang Johari dianugerahkan Bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama (P.S.N.B) yang dikurniakan oleh Sultan Hassanal Bolkiah.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang bersama pemimpin Sarawak yang lain. Foto Pejabat Premier Sarawak

Darjah P.S.N.B yang diterima Abang Johari itu membawa gelaran Dato Seri Setia.

Istiadat pengurniaan diadakan di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan.

Istiadat itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan