Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Luis Suarez dari Uruguay meraikannya bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kedua pasukan itu semasa perlawanan tempat ketiga CONMEBOL Copa America 2024 antara Uruguay dan Kanada di Stadium Bank of America pada 13 Julai 2024. Foto AFP

Uruguay tempat ketiga Copa America, tewaskan Kanada melalui penentuan penalti

ByBernama

CHARLOTTE, Carolina Utara, 14 Julai: Penjaga gol Uruguay, Sergio Rochet menyelamatkan penalti penting ketika membantu negaranya menewaskan Kanada 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti untuk meraih tempat ketiga Copa America pada Sabtu, lapor Xinhua.

Dalam aksi berlangsung di Charlotte, Rodrigo Bentancur meletakkan Uruguay di hadapan dengan rembatan kencang pada minit kelapan, tetapi Ismael Kone menyamakan kedudukan untuk Kanada menerusi tendangan akrobatik tidak lama kemudian.

Ketika perlawanan dilihat berakhir dengan keputusan seri 1-1, pemain gantian Jonathan David menjaringkan gol dari jarak dekat, membuat tindakan susulan selepas Rochet menepis percubaan jarak jauh Kone 10 minit sebelum tamat perlawanan.

Bagaimanapun, Uruguay berjaya menyamakan kedudukan menerusi Luis Suarez yang menyudahkan hantaran lintang Jose Gimenez untuk keputusan 2-2, memaksa perlawanan diteruskan ke sepakan penalti.

Rochet memberikan kelebihan kepada pasukannya apabila dia menyelamatkan percubaan penalti ketiga Kanada oleh Kone.

Giorgian de Arrascaeta dan Suarez menyempurnakan dua percubaan seterusnya untuk Uruguay sebelum Alphonso Davies gagal menyempurnakan sepakan penalti kelima Kanada, membolehkan pasukan dengan gelaran Celeste menang 4-3 dalam penentuan sepakan penalti.

“Kami memberikan usaha yang hebat dalam perlawanan ini tetapi keletihan jelas kelihatan. Kami menyamakan kedudukan dengan gol hebat oleh Suarez dan kami menyelesaikannya dengan penalti,” kata Rochet.

Pada Ahad, juara bertahan Argentina akan menentang Colombia di Stadium Hard Rock Miami dalam perlawanan akhir kejohanan benua itu. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found