Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat suspek termasuk tiga warga emas disyaki ahli sindiket dadah diberkas polis pada operasi di sekitar George Town kelmarin. Foto IPK Pulau Pinang

Tiga warga emas ahli sindiket dadah diberkas polis

ByTVS

GEORGE TOWN, 14 Julai: Tiga warga emas antara empat lelaki disyaki ahli sindiket dadah diberkas polis bersama sejumlah dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM178,500 pada operasi di sekitar bandar raya ini kelmarin.

Suspek warga tempatan itu ditahan pada operasi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang bermula kira-kira 9 pagi hingga 9.30 malam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, operasi bermula apabila pihaknya menahan suspek berusia 59 tahun di sebuah kawasan letak kereta bersama sepaket disyaki dadah jenis heroin seberat 115 gram (g) bernilai RM920.

Katanya, hasil pandu arah suspek tersebut, serbuan kedua dilakukan ke atas sebuah rumah di kawasan sama dan menemukan sejumlah dadah di dalam bilik.

“Antara yang dirampas adalah 377 g heroin base bernilai RM32,500, tujuh bungkus disyaki heroin seberat 1.5 kilogram (kg) (RM11,792), lima bungkus disyaki syabu seberat 4.1 kg (RM132,000) dan enam paket kafein seberat 3.5 kg (RM1,200).

“Seterusnya, polis memberkas tiga lelaki disyaki ahli sindiket berusia 60 hingga 62 tahun di Ayer Itam dan Bandar Baru bersama dua paket disyaki dadah heroin seberat 10.1 g bernilai RM88,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hamzah, siasatan mendapati sindiket berkenaan bergiat aktif sejak Mac tahun ini, manakala dadah yang dirampas boleh digunakan oleh 25,000 orang penagih.

“Hasil ujian air kencing mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis morphine serta tiga daripadanya mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan dadah dan jenayah.

“Polis turut menyita sebuah kereta jenis Chevrolet bernilai RM5,000 dan motosikal jenis Honda Dash bernilai RM3,700,” katanya lagi.

Ujar beliau, kesemua suspek direman tujuh hari bermula 13 hingga 19 Julai bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan