Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SUKMA 2024 menyaksikan 37 jenis sukan membabitkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 acara campuran akan dipertandingkan. Foto fail SUKMA Sarawak 2024 (FB)

SUKMA: 29 acara kurang penyertaan sebelum ini sah dipertandingkan, satu dalam pertimbangan

ByBernama

KUCHING, 14 Julai: Sebanyak 29 daripada 30 acara yang sebelum ini tidak cukup penyertaan sudah sah akan dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos depan.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu yang juga Ketua Kontinjen SUKMA Sarawak berkata berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal SUKMA semalam, hanya acara sepak takraw beregu wanita yang masih belum mencapai jumlah penyertaan minimum enam negeri.

“Kita telah mendapat persetujuan dan penyertaan dari negeri-negeri lain dan daripada 30 yang tidak mencukupi penyertaan, kita sekarang ada tinggal satu iaitu sepak takraw beregu wanita.

“Bagaimanapun, lima negeri telah membuat penyertaan (bagi acara itu) jadi hanya satu lagi (penyertaan) kita perlukan… perkara ini kita akan bawa pada Jawatankuasa Khas Teknikal SUKMA Sarawak 2024 pada 18 Julai ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Sarawak Gold Hunter Camp SUKMA 2024 di sini hari ini.

Gerald berkata dalam mesyuarat yang akan dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh di Kuala Lumpur itu nanti, pihaknya akan membuat rayuan untuk tidak menggugurkan acara sepak takraw beregu wanita sekiranya masih tidak mendapat jumlah penyertaan daripada sekurang-kurangnya enam negeri.

“Kita akan buat rayuan kerana ada negeri telah membeli tiket kapal terbang dan sebagainya… pasukan kita pun dah bersedia, jadi (pengguguran acara) ini bagi saya adalah tidak bagus untuk pembangunan sukan negara. Kalau dapat lima pasukan pun kita boleh terima memandangkan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi,” katanya.

SUKMA 2024 menyaksikan 37 jenis sukan membabitkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 acara campuran akan dipertandingkan.

Acara-acara ini akan melibatkan sembilan bahagian iaitu di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

SUKMA yang diperkenalkan pada 1986 telah dianjurkan di Sarawak sebanyak dua kali iaitu pada 1990 dan 2016. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan