Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nurul Hanna Zawiah Zakaria dan Ariff Anazzudin Jeferry menunjukkan sijil kehadiran ke program SAMAsedia 2024. Foto TVS

SAMAsedia 2024 sedarkan belia kepentingan mengundi

GEDONG, 14 Julai: Program SAMAsedia 2024 diadakan bertujuan untuk menyedarkan golongan belia Melayu di Sarawak akan kepentingan untuk memilih dan mengundi calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.

Jelas Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Datu Dr Sanib Said, matlamat lain penganjuran program tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan jati diri di kalangan golongan belia Melayu

Datu Dr Sanib Said. Foto TVS

Ujarnya lagi, program tersebut pertama kali diadakan dengan siri pertama yang berlangsung di Lawas. AKYBMS juga telah mengenal pasti beberapa kawasan DUN yang majoritinya adalah golongan Melayu bagi penganjuran lapan lagi program seumpamanya tahun ini.

“Ini satu persediaan atas arahan Ahli Lembaga (AKYBMS) untuk memberi penerangan kepada para belia di seluruh negeri Sarawak khususnya para belia Melayu.

“Kami telah mengadakan program SAMAsedia ini di Lawas pada awal tahun ini dan akan diteruskan ke kawasan DUN yang majoritinya adalah Melayu, sasaran seterusnya program SAMAsedia ini adalah di kawasan Samariang namun kita belum mempunyai tarikh dan waktu yang telah ditetapkan,” katanya kepada TVS selepas program tersebut hari ini.

Seramai 36 peserta terdiri dari golongan belia dan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gedong terlibat dalam program yang berlangsung selama tiga hari, bermula Jumaat lalu.

Salah seorang peserta, Ariff Anazzudin Jeferry, 16, menyifatkan program tersebut bermanfaat kepada golongan belia seperti dirinya kerana pelbagai bantuan untuk rakyat Sarawak dikongsikan dalam program tersebut.

“Universiti yang disediakan untuk rakyat Sarawak adalah percuma dan kami (golongan belia) berasa lega kerana tidak perlu menanggung kos pengajian, cuma menanggung kos makan dan minum,” katanya lagi-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan