Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hasbi Habibollah menyerahkan geran kerajaan kepada salah seorang penerima. Foto TVS

Isu sekolah kerap banjir di Limbang dikemuka kepada KPM

LIMBANG, 14 Julai: Isu sekolah kerap banjir di Limbang sehingga menimbulkan kerosakan dari segi infastrukturnya akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tindakan dan penyelesaian terbaik.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, masalah banjir yang kerap dihadapi murid-murid di sekolah terbabit perlu diberi perhatian kerana ia boleh menyebabkan proses pembelajaran murid-murid terjejas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Limbang berkata antara sekolah yang dikenal pasti ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Ukong, SK Telahak, SK Lubuk Tekuruk dan beberapa sekolah lain.

“Saya akan menyusul dan permohonan sudah dibuat kepada KPM untuk sekolah- sekolah kerap banjir seperti di SK Ukong, SK Lubuk Tekuruk dan SK telahak.

“Masalah banjir yang kerap melanda ini disebabkan perubahan cuaca dan menyebabkan kerosakan prasarana sekolah terbabit,” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Bunga Raya hari ini.

Katanya, isu sekolah kerap banjir di Limbang bukan isu baharu dan pernah diutarakannya sebelum ini sambil meminta Jabatan Pendidikan untuk memikirkan cara mengatasi masalah pembelajaran murid yang terjejas akibat masalah itu.

Beliau juga pernah mencadangkan kepada KPM agar menubuhkan sekolah berkelompok yang pernah dibincangkan dahulu agar sekolah yang berdepan banjir dapat dikumpulkan mengikut kawasan. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan