Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Mohd Naroden Majais merakam gambar kenangan bersama urusetia dan peserta program SAMAsedia 2024. Foto TVS

Gedong bakal jadi hab penanaman padi moden pada masa hadapan

GEDONG, 14 Julai: Daerah Gedong bakal menjadi hab penanaman padi moden menggunakan benih hibrid dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS).

Menurut Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Dato Sri Mohd Naroden Majais, menerusi kaedah penanaman moden tersebut pengeluaran padi bakal meningkat dari 1.5 kepada 6 hingga 10 tan sehektar.

Beliau turut percaya jika teknik penanaman menggunakan benih tersebut digunakan secara meluas di negeri ini, Sarawak tidak perlu lagi mengimport beras, malah bakal menjadi hab penanaman padi di negara ini.

“Kalau kita mampu membangunkan seluruh kawasan Lubok Punggur yang memiliki 1,000 ekar, (Lubok) Teranggas 1,000 ekar dan Lubok Epoi dan di seluruh kawasan negeri Sarawak menggunakan benih hibrid kita, di masa akan datang ia menjadi sasaran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk mencapai keterjaminan makanan yang mana Sarawak tidak perlu mengimport beras dari luar negara lagi.

“Insya-Allah kita akan menjadi hab makanan atau hab padi  di masa akan datang,” katanya kepada TVS ketika ditemui pada Majlis Penutupan program SAMAsedia 2024 di Dewan Masyarakat Gedong hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar, Amanah Khairat, Yayasan Budaya Melayu Sarawak, Datu Dr Sanib Said dan Naib Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Gedong, Ali Bujang

Selain hab penanaman padi moden, Gedong juga bakal mempunyai jalan raya moden yang menghubungkan daerah itu bermula dari Isthmus Gedong menuju ke beberapa kawasan berdekatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan