Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk Palestin membawa mayat saudara-mara yang terbunuh semasa serangan Israel yang melanda surau sementara di kem pelarian al-Shati di barat Kota Gaza pada 13 Julai 2024. Foto AFP

Angka korban di Gaza meningkat kepada 38,584, lebih 88,881 cedera

ByBernama

GAZA, 14 Julai: Pasukan pendudukan Israel melakukan empat pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, menyebabkan sekurang-kurangnya 141 rakyat Palestin terbunuh dan 400 lagi cedera, menurut sumber perubatan.

Agensi Berita dan Info Palestin (WAFA) melaporkan pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan jumlah korban rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt lepas meningkat kepada 38,584 kematian yang dilaporkan dengan tambahan 88,881 individu mengalami kecederaan.

Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Pasukan ambulans dan penyelamat masih tidak dapat mengumpulkan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bertaburan di jalan raya di seluruh kawasan yang dilanda perang, ketika pasukan pendudukan Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan krew pertahanan awam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan