Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang menerima cenderamata semasa Program Jerayawara Project Of Dream Realised (Pro-Dr) Siri Ke-19 Tahun 2024 di Dewan Masyarakat Sri Aman pada Ahad. Foto TVS

20 agensi dan institusi beri pendedahan pendidikan peringkat tinggi

SRI AMAN, 14 Julai: Sebanyak 20 agensi dan institusi pengajian tinggi menyertai Program Jerayawara Project Of Dream Realised (Pro-Dr) Siri Ke-19 Tahun 2024 di Dewan Masyarakat Sri Aman, memberi perkongsian dalam usaha untuk menggalakkan pelajar menyambung pelajaran ke tahap lebih tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), Udin Bujang berkata, penganjuran program ini secara langsung telah memberi maklumat terkini tawaran pendidikan kepada kumpulan sasaran terutama di Sarawak.

Katanya, menerusi program tersebut, pelbagai kursus kemahiran yang bersesuaian dengan pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditawarkan oleh agensi-agensi yang terlibat.

“Mungkin saya boleh selitkan di sini antara rakan yang terlibat pada pagi ini kita ada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Swinburne University dan Open University Malaysia.

“Kebanyakan kolej-kolej dan universiti ini menawarkan peluang-peluang pendidikan yang berkualiti dan juga ada di antara mereka yang menawarkan pendidikan secara percuma, ambilah kesempatan ini untuk melawat gerai pameran ini nanti untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada mereka,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengurus Kanan TEGAS Community Innovative Learning (TCIL), Fredick Kevin Buseli semasa Program Jerayawara Project Of Dream Realised (Pro-Dr) Siri Ke-19 Tahun 2024 di Dewan Masyarakat Sri Aman di Sri Aman pada Ahad.

Program Jerayawara PRO-DR telah diadakan setiap tahun bermula dari tahun 2015 dan penganjurannya kali ini telah memasuki edisi ke-9.

Program tersebut yang dianjurkan secara berterusan selama empat minggu membabitkan kira-kira 30 insititusi pengajian tinggi dan rakan-rakan strategik.

Program  yang diadakan di Dewan Masyarakat Sri Aman menerima kehadiran pelajar-pelajar dari SMK Sri Aman, SMK Simanggang dan SMK Melugu bagi sesi pagi manakala pelajar SMK Lingga pula hadir pada sebelah petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan