Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat lelaki berusia 43 tahun itu dijumpai pada 6 pagi oleh pekerja ladang dan pemeriksaan menemukan kesan tetak pada bahagian belakang kepala serta leher. Foto hiasan Envato

Pekerja ladang warga asing maut ditetak

ByBernama

SANDAKAN, 13 Julai: Seorang pekerja ladang warga asing ditemukan maut dipercayai dibunuh di belakang rumah kongsi pekerja ladang sawit di Segaliud di sini Khamis lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Supt K. Ramasamy berkata mayat lelaki berusia 43 tahun itu dijumpai pada 6 pagi oleh pekerja ladang dan pemeriksaan menemukan kesan tetak pada bahagian belakang kepala serta leher.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dari ladang bersebelahan datang ke rumah kongsi rakannya pada Rabu malam untuk minum. Semasa minum bersama rakan-rakan, mangsa dipercayai ditetak oleh seorang daripada rakannya itu.

“Sejurus kejadian berlaku, suspek yang juga seorang lelaki warga asing telah melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ramasamy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek giat dijalankan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan