ISN guna khidmat Dr Jeffrey pantau situasi Mohd Azizulhasni di Olimpik Paris

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Institut Sukan Negara (ISN) akan menggunakan khidmat pakar jantung Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon untuk memantau situasi jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang ketika berlumba di Sukan Olimpik Paris 2024.