Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian daripada 250 motosikal yang diperiksa pada Operasi Khas Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) hari ini. Foto TVS

Operasi ‘Samseng Jalanan’, polis dan JPJ sita 101 motosikal

ByTVS

BUTTERWORTH, 13 Julai: Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 101 motosikal yang dipercayai melakukan pelbagai kesalahan semasa Operasi Khas Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam di sini, hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, sebanyak 250 motosikal dan dua kereta telah diperiksa pada operasi kira-kira sembilan jam bermula pukul 1.30 pagi.

Ujarnya, operasi oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pulau Pinang dan Bukit Aman itu bagi mencegah kegiatan samseng jalanan dan lumba haram di kawasan berkenaan selain memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan.

“Polis menyita 81 motosikal di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mengeluarkan 114 keping saman.

“Pihak JPJ menyita 20 motosikal dan mengeluarkan 245 notis pemeriksaan kenderaan di bawah Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Hamzah, hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut mendapati sembilan daripada 98 individu yang diperiksa positif dadah.

Katanya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mengeluarkan dua kompaun dan dua notis arahan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan