Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Laporan berkenaan dibuat oleh P. R. Puspa, 56, iaitu ibu Esha di Balai Polis Selayang pada 6.34 petang semalam. Foto Bernama

Muat naik video berkaitan Esha, ibu buat laporan polis terhadap tiga individu

ByBernama

GOMBAK, 13 Julai: Polis menerima laporan daripada ibu kepada pempengaruh media sosial A. Rajeswary, 30, atau lebih dikenali Esha berhubung dakwaan wujudnya ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap anaknya membabitkan tiga individu termasuk bekas pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata laporan berkenaan dibuat oleh P. R. Puspa, 56, iaitu ibu Esha di Balai Polis Selayang pada 6.34 petang semalam.

“Laporan terbabit telah dipindahkan ke Balai Polis Setapak kerana kejadian berlaku di PPR (Program Perumahan Rakyat) Gombak Setia dan PPR Gombak Setia di bawah pentadbiran Balai Polis Setapak, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Pada 6 petang semalam, Puspa yang ditemani menantu lelakinya hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi membuat laporan berhubung dakwaan terbabit selain diminta memberi keterangan kepada pegawai penyiasat dan urusan tersebut selesai kira-kira 8 malam.

Puspa ketika ditemui pemberita di hadapan IPD Gombak memaklumkan sepanjang minggu ini beliau dimaklumkan oleh anaknya yang lain bahawa terdapat video serta siaran langsung dimuat naik oleh tiga individu berkenaan yang bercakap mengenai Esha.

“Seorang daripada mereka wanita yang juga bekas pegawai polis yang mempertikaikan Esha pernah ditahan polis sebelum ini,” katanya.

Bernama sebelum ini melaporkan Esha ditemukan meninggal dunia di sebuah unit kediaman kondominium di Setapak pada Jumaat lepas, sehari selepas membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini berhubung buli siber yang dihadapinya.

Laporan itu kemudian dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan