Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan AFFIN buat pertama kalinya menganjurkan program 'Treasure Trails' bertujuan untuk meningkatkan literasi kewangan dikalangan masyarakat. Foto TVS

Kumpulan AFFIN anjur ‘AFFIN Treasure Trails’ pertama

ByTVS

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Kumpulan AFFIN buat pertama kalinya menganjurkan program ‘AFFIN Treasure Trails’ bertujuan untuk meningkatkan literasi kewangan dikalangan masyarakat.

Dengan tema ‘Mengemudi sempadan kewangan’, inisiatif yang inovatif ini menggabungkan penerokaan, kerjasama pasukan, dan pendidikan kewangan.

Kumpulan AFFIN anjur ‘Treasure Trails’ pertama | TVS

Pengarah Eksekutif Perbendaharaan Kumpulan di AFFIN Bank Berhad, Hanif Ghulam Mohammed berkata pihaknya gembira dapat menganjurkan program yang melibatkan 50 pasukan yang terdiri daripada 200 pelanggan dan wakil media, serta 50 kakitangan AFFIN.

“Program ni adalah satu cara kami mendekati rakan rakan dan juga pelanggan kami secara aktiviti yang ceria dan gembira selain daripada kita selalu buat confrence so jadi cara ni boleh bawa pelanggan kami mendekati branch-branch baru dan juga menggunakan fasiliti LRT, MRT dan Monorail untuk menunjukkan komitmen AFFIN kepada ESG.

Acara ini menggabungkan penerokaan bandar, kerjasama pasukan, dan pendidikan kewangan dengan peserta bergerak menggunakan pengangkutan awam.

Ia termasuk persinggahan di cawangan utama AFFIN KL, cawangan AFFIN Central di Menara Hap Seng, dan cawangan AFFIN MyTown.

Acara julung kali diadakan ini menerapkan pendekatan inovatif terhadap pendidikan kewangan dan penglibatan komuniti.

Dengan asimilasi pengalaman pembelajaran dan mengintegrasikannya dengan suasana bandar yang meriah di Kuala Lumpur, AFFIN Group telah mencipta platform yang bukan sahaja mendidik tetapi juga mengujakan peserta tentang dunia kewangan, beserta pengetahuan produk AFFIN.

“Kami akan adakan lebih aktiviti sebegini dimana kami berhubung dengan pelanggan secara kasual santai dan juga kami ada lakukan siri-siri persidangan dimana kita membawa ahli-ahli ekonomi juga orang-orang terpenting untuk memberi bahas ekonomi semasa kepada pelanggan-pelanggan kami. Bukan setakat itu sahaja kami akan cuba melakukan aktiviti yang dapat mendekati pelanggan kami secara informal dan formal dan selain daripada itu kami harap segala usaha kami dapat menyelesaikan masalah pelanggan kerana di AFFIN, it is always about you,” kata Hanif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan