Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pemasaran Lambretta Kuching, Shafikah Mohammad memaklumkan cawangan itu pada ketika ini menawarkan 12 unit motosikal model X250 untuk dimiliki rakyat Sarawak dengan pelbagai promosi istimewa ditawarkan menerusi setiap unit yang dibeli.

Hadiah menarik untuk 100 pelanggan Lambretta X250

ByOdleen Catherny

KUCHING, 13 Julai: Seramai 100 pelanggan berpeluang membawa pulang hadiah menarik sempena program pandu uji model terbaharunya, skuter Lambretta X250 di Lambretta Cawangan Kuching di CityOne MegaMall di sini.

Ketua Pemasaran Lambretta Kuching, Shafikah Mohammad berkata, program dua hari itu bermula hari ini dan akan berakhir pada jam 5 petang esok.

Program pandu uji Lambretta X250 pada Sabtu, Ahad ini | TVS

Menurutnya cawangan itu pada ketika ini menawarkan 12 unit motosikal model X250 serta menawarkan pelbagai promosi istimewa menerusi setiap pembelian unit berkenaan.

“Unit ini sangat terhad dengan hanya 12 unit sahaja yang ada di Sarawak. Sebelum ini kami berjaya menjual G350 yang hanya ada lima unit sahaja di dalam Sarawak dan mampu terjual untuk tempoh kurang daripada dua bulan.

“Jadi kami akan membuat peraduan untuk X250 ini, siapa yang daftar dahulu dia yang akan dapat, sangat terhad,” katanya ketika ditemui TVS, di sini, hari ini.

Shafikah memberitahu Lambretta Sarawak akan meluaskan sayapnya dengan membuka cawangan lain antaranya di Sibu dan Bintulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan