Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis kewangan Itali mengumumkan pada Sabtu bahawa mereka telah menyerbu kediaman dua rakyat India yang disyaki mengeksploitasi buruh dan melakukan perhambaan, lapor Sputnik. Foto hiasan Envato

Dua rakyat India ditahan disyaki eksploitasi lebih 30 rakyat senegara di Itali

ByBernama

MOSCOW, 13 Julai: Polis kewangan Itali mengumumkan pada Sabtu bahawa mereka telah menyerbu kediaman dua rakyat India yang disyaki mengeksploitasi buruh dan melakukan perhambaan, lapor Sputnik.

“Siasatan mendapati bahawa dua pengurus terlibat telah menjanjikan masa depan yang lebih baik kepada beberapa rakyat India di Itali dan menuntut bayaran sebanyak 17,000 euro (US$18,566) daripada setiap seorang untuk kemasukan ke negara itu dan visa kerja bermusim,” kata polis dalam satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya 33 rakyat India terpaksa bekerja 10 hingga 12 jam sehari sepanjang minggu dengan bayaran empat euro sejam, kata polis. Majikan mereka merampas kad pengenalan mereka dan melarang mereka meninggalkan tempat tinggal, menurut kenyataan itu.

Pekerja-pekerja itu mungkin dikenakan keganasan fizikal jika mereka tidak melakukan apa yang diarahkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan