Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Lembaga AZAM untuk penggal 2024/2026 yang telah dipilih. Dari kiri (hadapan): Margaret Chan, Ariff Irwani, Datu William Patrick, Dato William Wei, Ali Suhaili (CEO AZAM). Dari kanan (belakang): Norjannah Razali, Khairool Adzelan, Sharkawi Yassin, Faizul Azli, Ahmad Zaiwin, Charles Siaw, Alice Wee.

Datu William Patrick Nyigor kekal Pengerusi AZAM Sarawak penggal 2024 – 2026

ByRegina Lee

KUCHING, 13 Julai: Angkatan Zaman Mansang Sarawak (Azam Sarawak) memutuskan Datu William Patrick Nyigor kekal menyandang jawatan pengerusi dalam pilihan raya dwitahunan organisasi yang diadakan semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-41, hari ini.

Beliau dibantu ahli lembaga baharu bagi penggal 2024 – 2026 iaitu Timbalan Pengerusi Ariff Irwani Azahari, Setiausaha Kehormat Prof. Madya Dr Margaret Chan Kit, dan Bendahari Kehormat Dato William Wei How Song.

Ketika berucap, William  berharap ahli lembaga baharu akan terus meningkatkan imej dan keterlihatan AZAM dari peringkat akar umbi hingga generasi muda.

“Reputasi AZAM sebagai sebuah NGO yang progresif diperkuat apabila kami menerima Anugerah Kepimpinan ASEAN ke-2 untuk Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan pada tahun 2015.

“Pencapaian ini telah mengangkat status AZAM di kalangan agensi kerajaan, sektor swasta, dan NGO lain. Pengiktirafan sebegini berfungsi sebagai motivasi dan tanggungjawab besar untuk ahli lembaga dan kakitangan AZAM untuk memastikan ia kekal sebagai sebuah NGO yang menonjol,” katanya.

Wiliam menambah beliau yakin dengan AZAM di bawah kepimpinan cekap CEO yang baru (Ali Suhaili), NGO itu akan terus berkembang dan memperluas program-program serta penglibatannya pada masa akan datang.

Ahli lembaga yang lain yang dilantik ialah Sharkawi Yassin, Norjanah Razali, Khairool Adzelan, Alice Wee, Charles Siaw, Fairul Azli dan Ahmad Zaiwin.

Ditubuhkan pada tahun 1983, AZAM Sarawak merupakan sebuah NGO yang berdedikasi kepada komunikasi pembangunan dan pembangunan komuniti.

Awalnya berfokuskan kepada dialog komuniti, AZAM telah mengembangkan inisiatifnya untuk merangkumi program pembangunan belia dan wanita, memperkukuhkan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta, serta terlibat di peringkat antarabangsa dengan organisasi seperti Yayasan Konrad Adenauer (KAF) Jerman dan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan