Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Warga emas yang tinggal bersendirian ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Bukit, Wakaf Bharu pada 7.30 malam tadi. Foto JPBM Kelantan

Warga emas tinggal sendirian ditemukan maut dalam kebakaran

ByBernama

KOTA BHARU, 12 Julai: Warga emas yang tinggal bersendirian ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Bukit, Wakaf Bharu pada 7.30 malam tadi.

Mangsa Halimah Awang, 85, dijumpai anggota bomba di bilik air dalam keadaan tertiarap dan melecur pada beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu Nazah Nafi berkata sepasukan 19 pegawai serta anggota termasuk dari BBP Tunjong bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan pukul 8.04 malam.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kebakaran didapati sudah 70 peratus memusnahkan sebuah rumah jenis sementara kekal.

“Apabila api berjaya dikawal pada 8.37 malam, kami menemukan mangsa berada di bilik air dalam keadaan tertiarap,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata kes itu diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Tumpat untuk tindakan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan