Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan ketika menghadiri sidang kemuncak pemimpin-pemimpin NATO. Foto AFP

Turkiye tidak luluskan kerjasama dengan Israel dalan Nato – Erdogan

ByBernama

WASHINGTON, 12 Julai: Cubaan untuk bekerjasama dengan Israel dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) adalah “tidak boleh diterima,” kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Khamis.

“Pentadbiran Israel yang telah melanggar nilai asas pakatan ini tidak boleh terus bekerjasama dengan NATO,” kata Erdogan dalam satu sidang media di Washington selepas menghadiri sidang kemuncak pemimpin-pemimpin NATO.

Pakatan pertahanan itu terdiri daripada 32 anggota dan mengekalkan hubungan dengan banyak negara bukan anggota serta organisasi antarabangsa.

Erdogan menekankan kekejaman Israel di wilayah Palestin yang diduduki terutamanya di Gaza semasa perbincangan di luar sidang kemuncak itu.

” Cubaan kerjasama dengan Israel dalam NATO tidak akan diluluskan oleh Turkiye, sehingga perdamaian dapat diwujudkan di Palestin.

“Adalah penting anggota masyarakat antarabangsa berganding bahu terhadap penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin berdasarkan garis sempadan 1967,” katanya.

Erdogan juga menzahirkan kegembiraannya bahawa semakin banyak negara mengiktiraf Palestin dan menggesa negara-negara lain mengemukakan aduan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Erdogan turut menekankan keperluan untuk memperkukuh kerjasama antara sekutu NATO dalam memerangi keganasan.

Ankara mengharapkan solidariti daripada sekutunya dalam memerangi keganasan, satu daripada dua ancaman utama yang dikenal pasti oleh NATO, kata Erdogan- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan