Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan kereta Proton Wira yang remuk teruk akibat kemalangan. Foto PDRM

Tiga maut, seorang cedera dalam kemalangan di Batu Rakit

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 12 Julai: Tiga individu maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Batu Rakit, Kuala Nerus, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa yang terkorban ialah sepasang suami isteri yang menaiki kereta jenis Proton Wira iaitu Muhammad Iqwan Ahmad Izeham, 23, dan Nur Mimi Aliya Mohd Shukri, 18.

Seorang penumpang kenderaan jenis Nissan Navara, Zaini Ambak, 56, turut maut dalam kemalangan itu, manakala suaminya Rasdi Yaakob, 58, mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Kira-kira 9.15 malam tadi, polis telah menerima laporan berkenaan kemalangan maut melibatkan dua kenderaan terbabit … kereta dipandu Muhammad Iqwan sedang menghala ke Kuala Terengganu dari Setiu, manakala pasangan Rasdi pula menghala ke Penarik, Setiu.

“Hasil siasatan mendapati setibanya di lokasi kemalangan, Proton Wira terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu Rasdi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata kemalangan itu mengakibatkan Nur Mimi Aliya dan Zaini maut di lokasi kejadian, manakala Muhammad Iqwan yang parah meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSNZ.

“Kejadian berlaku ketika cuaca hujan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan