Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak sedang meneliti bekerjasama dengan pihak terlibat bagi mewujudkan laluan penerbangan Miri ke Manila, Filipina, kata Datuk Dr Jerip Susil. Foto hiasan, Envato.

Sarawak teliti wujudkan penerbangan Miri-Manila

SIBURAN, 12 Julai: Kerajaan Sarawak sedang bekerjasama dengan pemain industri dan institusi kewangan bagi mewujudkan laluan penerbangan Miri ke Manila, Filipina, kata Datuk Dr Jerip Susil.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan) berkata, sekiranya sektor berkenaan ditawarkan oleh syarikat penerbangan, ia akan meningkatkan ketersambungan perhubungan membabitkan Sarawak dengan destinasi lain di Asia Tenggara.

“Ketika ini kami (Kementerian Pengangkutan Sarawak) sedang berbincang mengenai laluan penerbangan itu dan akan membuat tindakan susulan.

“Namun ketika ini (di kementerian) terdapat perubahan membabitkan pentadbiran iaitu Datu Wong Hee Sieng kini menjadi Setiauasaha Tetap baharu dan (beliau) akan meneliti semula perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Program Jerayawara Project Of Dream Realised (Pro-Dr) Siri Ke-19 Tahun 2024 di Dewan Masyarakat Siburan di Siburan pada Jumaat.

Tambah Jerip, penelitian melibatkan pelbagai aspek termasuk implikasi kewangan.

“Jadual penerbangan sentiasa berubah kerana faktor pinjaman, jadi (untuk) syarikat penerbangan (tawarkan laluan) dari satu tempat ke tempat lain, mereka mesti melihat faktor pinjaman,” katanya.

Sementara itu beliau memaklumkan, kementerian juga sedang berusaha menyambung semula penerbangan dari Kuching ke Shenzhen, China. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan