Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Foto TVS

Sarawak, Sabah derita dalam diam, ‘terbang’ ke Semenanjung – Abdul Karim

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 12 Julai: Sarawak dan Sabah juga pernah menanggung kos perbelanjaan yang tinggi untuk ‘terbang’ ke Semenanjung Malaysia bagi menyertai kejohanan di peringkat kebangsaan, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya permintaan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang memohon agar Sarawak membiayai sebahagaian kos perjalanan kontinjen mereka ke negeri ini merupakan ‘penderitaan’ serupa dua negeri berkenaan.

“Seperti yang dikatakan Menteri Besar Kedah begitulah yang terpaksa tanggung semasa acara kebangsaan, termasuk sukan, setiap kali diadakan di Semenanjung Malaysia.

“Kontinjen dari Sarawak dan Sabah juga menanggung kos untuk sebarang acara sukan, sama ada Sukma atau liga bola sepak kebangsaan tahunan…Kami juga menderita dalam diam demi mengambil bahagian,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung permintaan Muhammad Sanusi agar Sarawak menampung sebahagian kos perjalanan kontinjen Kedah ke Sarawak dalam satu laporan portal tempatan, The Borneo Post pada Khamis.

Beliau turut menyifatkan permintaan Muhammad Sanusi itu sekadar gurauan memandangkan Kedah menurut Abdul Karim merupakan negeri yang maju dengan taman perindustrian.

Justeru itu, kata Abdul Karim menghantar kontinjen ke Sarawak untuk SUKMA tidak sepatutnya menjadi masalah kepada Kedah.

Terdahulu, pada Rabu, Muhammad Sanusi memetik kos perjalanan yang tinggi dan keperluan untuk mengangkut peralatan dalam merayu agar Sarawak membantu menampung sebahagian daripada kos berkenaan.

SUKMA 2024 akan diadakan di sembilan bahagian Sarawak dari 17 hingga 24 Ogos. dengan menyaksikan sebanyak 37 sukan akan dipertandingkan, melibatkan 488 acara, dengan penyertaan 12,619 atlet dan pegawai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan