Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata mendengar penerangan berkaitan kereta peronda baharu. Foto TVS

Polis Sarawak terima 71 kereta peronda baharu

KUCHING, 12 Julai: Polis Sarawak menerima 71 kereta peronda baharu jenis Honda City 1.5L S bagi menggantikan kereta peronda yang telah tamat tempoh pajakan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, daripada jumlah itu 43 buah kenderaan adalah guna sama dan sebanyak 28 buah lagi diperuntukkan kepada Unit Rondaan (MPV).

“Polis DiRaja Malaysia Kontinjen Sarawak telah menerima sebanyak 71 unit kenderaan jenis Honda City 1.5L S bagi menggantikan kenderaan jenis Proton Preve yang telah tamat tempoh pajakan selepas lima tahun dari tahun 2018 dan 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kenderaan Pasukan Sewaan Konsensi Spanco Kenderaan Gunasama dan Kereta Peronda (MPV) di Kuching pada Jumaat.

Mancha menambah penggantian kereta peronda kali ini melibatkan tujuh jabatan dan 20 ibu pejabat Polis Daerah.

Terdahulu, Mancha menyempurnakan Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak bagi bulan Julai bersama lebih 200 pegawai serta anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini.

Mancha dalam amanatnya mengingatkan para anggota agar terus komited serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan