Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dadah yang berjaya dirampas pihak polis menerusi tangkapan tiga suspek di Miri. Foto IPD Miri

Pasangan kekasih diberkas edar dadah di Miri

MIRI, 12 Julai: Pasangan kekasih antara tiga individu diberkas dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di sini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, ketiga-tiga suspek berusia 21 hingga 38 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri jam 7 pagi pada Khamis.

“Hasil pemeriksaan pasukan polis telah menjumpai dan merampas barang disyaki dadah jenis syabu, ekstasi dan erimin 5 seberat 114.98 gram.

“Nilai rampasan barang disyaki dadah dianggarkan bernilai RM 1,690,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

“Berhubung tangkapan dan rampasan ini juga turut disita adalah sebuah kereta dianggarkan bernilai RM 100,000,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Miri untuk permohonan reman di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membantu siasatan.-TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan