Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang di sini hari ini. Foto TVS

Muhammad Luth Syauqi meninggal dunia selepas otak tidak berfungsi – Ibu

GEORGE TOWN, 12 Julai: Ibu mangsa yang termakan keropok dipercayai bercampur racun tikus, Muhammad Luth Syauqi, 2, reda apabila anak bongsunya itu ‘pergi’ hari ini selepas abang mangsa meninggal dunia kelmarin.

Nurain Hasnorizal, 25, berkata, anaknya itu tidak menunjukkan tindak balas selain otaknya sudah tidak berfungsi sebelum meninggal dunia.

“Saya pesan kat dia, ibu reda. Ikutlah abang, pergi bermain dengan abang kat sana (syurga).

“Lagipun kat dunia pun adik dengan (bersama) abang, kat sana pun adik dengan abang,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Jabatan Forensik HPP di sini hari ini.

Menurut Nurain, jenazah Muhammad Luth Syauqi akan disemadikan berhampiran pusara abangnya Muhammad Akil Syauqi, 3, yang meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 pagi kelmarin di Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah.

Terdahulu, media melaporkan dua beradik kritikal selepas termakan keropok yang dijumpai pada pagar dawai besi di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah pada Ahad.

Makanan tersebut dipercayai dicampur racun tikus bagi memerangkap monyet oleh penduduk kampung.

Kejadian itu disedari Nurain apabila mendapati kedua-dua anaknya muntah dan mulut berbuih sebelum menghantar mereka ke Hospital Kulim dan kemudiannya dipindahkan ke HPP.

Muhammad Luth Syauqi menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.24 petang selepas hampir enam hari bertarung nyawa ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan