Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam HIP

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 12 Julai: Pihak berkepentingan diseru agar bekerjasma untuk menjayakan pelaksanaan ‘Highly Immersive Programme’ (HIP).

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee, ia termasuk peranan ibu bapa dan komuniti sebagai pendukung terdekat para pelajar.

“Ada beberapa perkara (pemindaan) perlu dilakukan dalam HIP. Kita sudah mencipta satu program yang sangat baik dan menyeluruh tetapi persoalannya sekarang adalah pelaksanaannya.

“Sama ada pemimpin tertinggi iaitu guru besar atau pengetua, sama ada pelaksana iaitu guru, sama ada penuntut iaitu pelajar dan sama ada pendukung iaitu ibu bapa dan masyarakat turut mempunyai matlamat sama dalam program ini.

“Jika keempat-empat kumpulan berkepentingan ini tidak bekerjasama, HIP tidak akan berhasil,” jelasnya.

Beliau berucap pada majlis penutupan Sarawak English Language Education Symposium (SELES) 2024 di Raia Hotel and Convention Centre, di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan akan membawa cadangan kepada kerajaan negeri untuk mengadaptasi HIP di Sarawak agar ia lebih komprehensif dan luar biasa berbanding HIP lain di negara ini.

Dalam pada itu Annuar turut menekankan pengadaptasian teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran masa kini.

Hal ini kerana penggunaan teknologi AI akan digunakan secara meluas pada masa akan datang, justeru para pendidik dan tenaga pengajar perlu membiasakan diri bermula dari sekarang.

“Saya melihat banyak program yang diadakan sekarang menekankan penggunaan AI. Kita harus melangkah ke hadapan. Tiada pilihan untuk kita tidak menggunakan teknologi yang telah dicipta, agar pelaksanaan semua projek atau program boleh dilakukan dengan lancar dan berjaya,” jelasnya lanjut.

Meskipun kehebatan AI tidak boleh menggantikan guru, namun ia boleh membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang lebih cekap dan efisien kepada pelajar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan